Wednesday, 26 October 2011
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010
Emmmm saya baru sahaja berkesempatan membaca dan meneliti tentang laporan ketua audit negara 2010, banyak yang saya dapati berlaku teguran dan juga komen, harap2 jabatan kerajaan dapat mengambil tindakan segera memperbaiki perkara ini demi memikul amanah oleh rakyat
Friday, 14 October 2011
Martabatkan Bahasa Melayu
Peralihan belajar S&T ke bahasa Melayu langkah tepat
15/10/2011 1:08pm
SEREMBAN 15 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan peralihan pembelajaran subjek Sains dan Matematik daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai satu langkah yang tepat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu seiring dengan usaha kerajaan yang mahu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil pandangan semua pihak dan majoriti rakyat mahukan kedua-dua mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Melayu.
“Kita juga mendapati peratusan golongan yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah terlalu kecil,” katanya menjawab satu soalan pada Majlis Dialog Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini hari ini. – Utusan
Saya menyokong penuh komen oleh TPM bahawa langkah serta keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk mengembalikan bahasa Melayu bagi subjek Sains dan Teknologi di skeolah adalah suatu keputusan yang tepat. Jika kita yang mengaku Melayu dan berkuasa tidak pula mahu memartabatkan bahasa Melayu siapa lagi yang akan memikul amanah ini. Tentu sekali di sini kita tidak pula mengatakan bahasa Inggeris tidak penting kerana dalam masa yang sama kerajaan jelas memberikan penekanan penting dengan terus mengambil langkah2 sesuai bagi memperkasakan Bahasa Inggeris
Teruskan usaha murni ini wahai TPM DAN BN
Selamat Kembali Pahlawan Kelate
Assalamualaikum semua sahabat blogger
Sejak kali terakhir saya menjengah ke blog ini adalah pada 9 September 2011. Setelah hampir sebulan lebih nampaknya sekarang barulah berkesempatan menjengah kembali ke blog inid an update status terkini. Maklum sahajalah agak sibuk dengan tugasan hakiki telah mengekang saya untuk berkomunikasi di sini.
Walau apa pun insyaallah diharap lepas ni boleh kembali aktif bersama kawan-kawan semua
Sejak kali terakhir saya menjengah ke blog ini adalah pada 9 September 2011. Setelah hampir sebulan lebih nampaknya sekarang barulah berkesempatan menjengah kembali ke blog inid an update status terkini. Maklum sahajalah agak sibuk dengan tugasan hakiki telah mengekang saya untuk berkomunikasi di sini.
Walau apa pun insyaallah diharap lepas ni boleh kembali aktif bersama kawan-kawan semua
Subscribe to:
Comments (Atom)