Wednesday 26 October 2011

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010

Emmmm saya baru sahaja berkesempatan membaca dan meneliti tentang laporan ketua audit negara 2010, banyak yang saya dapati berlaku teguran dan juga komen, harap2 jabatan kerajaan dapat mengambil tindakan segera memperbaiki perkara ini demi memikul amanah oleh rakyat

Friday 14 October 2011

Martabatkan Bahasa Melayu

Peralihan belajar S&T ke bahasa Melayu langkah tepat

15/10/2011 1:08pm


SEREMBAN 15 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan peralihan pembelajaran subjek Sains dan Matematik daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai satu langkah yang tepat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu seiring dengan usaha kerajaan yang mahu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil pandangan semua pihak dan majoriti rakyat mahukan kedua-dua mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Melayu.
“Kita juga mendapati peratusan golongan yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah terlalu kecil,” katanya menjawab satu soalan pada Majlis Dialog Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini hari ini. – Utusan


Saya menyokong penuh komen oleh TPM bahawa langkah serta keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk mengembalikan bahasa Melayu bagi subjek Sains dan Teknologi di skeolah adalah suatu keputusan yang tepat. Jika kita yang mengaku Melayu dan berkuasa tidak pula mahu memartabatkan bahasa Melayu siapa lagi yang akan memikul amanah ini. Tentu sekali di sini kita tidak pula mengatakan bahasa Inggeris tidak penting kerana dalam masa yang sama kerajaan jelas memberikan penekanan penting dengan terus mengambil langkah2 sesuai bagi memperkasakan Bahasa Inggeris

Teruskan usaha murni ini wahai TPM DAN BN

Selamat Kembali Pahlawan Kelate

Assalamualaikum semua sahabat blogger

Sejak kali terakhir saya menjengah ke blog ini adalah pada 9 September 2011. Setelah hampir sebulan lebih nampaknya sekarang barulah berkesempatan menjengah kembali ke blog inid an update status terkini. Maklum sahajalah agak sibuk dengan tugasan hakiki telah mengekang saya untuk berkomunikasi di sini.
Walau apa pun insyaallah diharap lepas ni boleh kembali aktif bersama kawan-kawan semua

Friday 9 September 2011

Isu Caj 6% Oleh Syarikat Telco Bagi Top Up Pra Bayar

Saya berpendapat bahawa keputusan syaraikat telekomunikasi untuk mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bagi setiap nilai top up prabayar jelas tidak menggambarkan tanggungjawab sosial syarikat2 berkenaan. Disebalik keuntungan berbilion2 ringgit yang dikaut dari pelanggan yang rata merupakan rakyat biasa, jelas mereka tidak sensitif dan kemaruk untuk terus mengatu keuntungan.

Kita dah dengar PM tak berapa setuju tetapi saya fikir kerajaan kena lebih tegas untuk hentikan benda ni sebab rakyat dah mula merungut, jangan rungutan mereka diterjemahkan ke dalam bentuk undi pulak BAHAYA

FIKIR-FIKIRKANLAH BERBUATLAH SESUATU DENGAN KADAR SEGERA UNTUK HENTIKAN KERESAHAN RAKYAT, UNTUK BUKTIKAN KATA-KATA BAHAWA TAHUN NI MERUPAKAN TAHUN PERANCANGAN MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT BUKTIKAN IA BUKAN KATA-KATA SAHAJA

Tuesday 6 September 2011

Mat Sabu oh Mat Sabu

Salam semua , agak lama menyepi maklumlah beraya sakanlah katakan. Dalam begitu pun saya fikir semua tentu mengikuti perkembangan Mat Sabu yang mendakwa bahawa pengganas komunis yang menyerang Bukit Kepong sebagai wira negara. Hampir 500 laporan polis dikemukakan terhadap beliau, dan sahutan KJ untuk berdebat dilayan endah tak endah, kecut lah tu.

Dah tu hari ini PAS keluarkan kenyataan rasmi bahawa UMNOlah pejuang kemerdekaan sebenar dan tidak mengiktiraf ideologi komunis.

Apa kata Mat Sabu oh Mat Sabu, jawablah itulah  org tua kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, renung2kanlah bila berkata2

Friday 26 August 2011

Syiah: KDN Wajar Ambil Tindakan ISA

Semalam kita dikejutkan dengan isu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Melaka dengan rampasan berpuluh ribu risalah berhubung dengan ajarann Syiah .Macamana boleh terlepas ni. Saya harap dalang terlibat wajar diambil tindakan ISA kerana isu ini boleh menggugat perpaduan umat Islam di negara ini yang sememangnya dah berpecah belah pun . KDN, Polis dan jabatan agama serta masyarakat kena lah lebih peka dengan keadaaan seumpama ini.

Isu Penjualan Saham ESSO

Saya nak nyatakan pendapat saya berhubung dengan isu penjualan saham ESSO yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Kerajaan seharusnya kena sedar bahawa apa juga perkara yang boleh disensasikan oleh pembangkang , maka ia akan di'spin" semaksima mungkin untuk tujuan mileage politik mereka. Jadi seharusnya kerajaan kena peka dengan perkara seumpama ini pada masa depan, jangan biarkan ianya terlalu lewat hingga ia boleh diambil kesempatan oleh pembangkang. Kena cekaplah sikit dalam menguruskan isu sebab akhirnya ia boleh menjuruskan kepada persepsi yang tidak baik kepada kerajaan sendiri. Dalam keadaan sekarang ini ia amat tidak sihat dari segi pemasaran politik kepada kerajaan. Harap perkara seumpama ini tak berlaku pada m,asa akan datang

Thursday 25 August 2011

Pembukaan Jajaran Pakej 10, Pakej 11 & Pakej 12 LPT 2

Alhamdulillah, satu lagi projek pembangunan oleh Barisan Nasional untuk kemudahan rakyat. Kepada yang balik beraya ke pantai timur tahun ini bolehlah menggunakan LPT  2 yang telah mula dibuka sebahagiannya mulai 22 Ogos 2011

Rujuk maklumat dibawah:

Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan sebagai  Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011.  Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432 H

Assalamualaikum semua rakan2 dan umat Islam

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir batin.
Berhati2 di jalan raya

PahlawanKelate

Lynas: Apa Jawapan YB PKR Kuantan

Nampaknya PKR harus mencari jawapan terbaik terhadap isu ini. Kita tunggu ulasan mereka

Wednesday 24 August 2011

Syabas DS Najib: RM1.4 billion untuk Rakyat memerlukan

Saya ingin menarik perhatian semua terhadap pengumuman yang telah dibuat oleh PM hari ini berhubung program KARISMA yang dijangka akan melibatkan sejumlah wang sebanyak RM1.4 billion. Menerusi peruntukan ini ia akan memberi nafas baru terhadap sistem bantuan kepada mereka yang amat memerlukan. Jelas dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kerajaan BN masih melihat ia sebagai prioriti dan jelas ia menidakkan dakwaan pembangkang yang mengatakan kjn BN kini tidak peduli hal rakyat yang benar-benar susah.

JELAS BAHAWA BN LEBIH KE HADAPAN DALAM SOAL NEGARA BERKEBAJIKAN.
BN TIDAK LAH BERDEGAR-DEGAR MEMALU KOMPANG MENDAKWA INI SEMUA SEBALIKNYA IA DILAKUKAN DEMI RAKYAT

Tuesday 23 August 2011

Khalid : SEDARLAH

Saya melihat dengan penuh minta insiden pemeriksaan oleh JAIS ke atas DUMC. Setelah beberapa ketika saya dapati langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan perkara amat lah tidak meyakinkan. Hari ini kita dikejutkan pula tentang percanggahan yang ketara berlaku ekoran kenyataan Mentei Besar Selangor yang bercanggah dengan titah Sultan tentang penubuhan Majlis Syura. Ingal lagi isu Dato'; SUK selangor tempohari.
Renun-renungkanlah , begini kah caranya yang terbaik untuk mentadbir negeri
Daulat Tuanku

Sunday 21 August 2011

Pembangkang: ANDA SILAP BESAR

Rakyat berpendapatan kurang RM3,000 dibantu

IPOH 21 Ogos – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat akibat kenaikan harga barang.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000.
Menurutnya, kajian yang mengambil masa selama dua minggu itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti sebelum dibentangkan pada belanjawan akan datang.
“Menerusi kajian ini, kita akan mengenal pasti pilihan terbaik bagi membantu masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara efisien dan efektif.
“Apa yang penting, langkah atau inisiatif yang dilaksanakan nanti dapat mencapai matlamat untuk membantu golongan tersebut dalam meringankan beban mereka,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan dan sumbangan raya, Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.
Seramai 636 penduduk di Parlimen Tambun menerima sumbangan raya dan bantuan peralatan untuk usahawan yang kesemuanya bernilai RM680,000.
Ahmad Husni berkata, kerajaan memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.
(Sumber: Utusan Malaysia, 22 Ogos 2011)

Ehmmmm apalah pulak agaknya silat yang akan dibuka oleh pembangkang apabila membaca berit aini yer!Silat langkah seribu kot. Pengumuman ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap keperitan hidup rakyat terutama yang berada di bawah paras pendapatan RM3,000. Diharap ia bakal menjadi pemangkin ke arah menarik minat sokongan rakyat kepada BN. Kita harap bajet nanti ada pengumuman terutama penurunan cukai pendapatan, rebat yang lebih besar bagi cukai, penurunan2 seperti tol dsb. Ini membuktikan kerajaan dibawah pimpinan Dato Najib amat prihatin dengan masalah rakyat

Saturday 20 August 2011

Perlembagaan Rakyat: Sejauh Mana Kebenaran?

Saksikan Video Ini: Nilaikan Sendiri Kebenarannya



Apakah itu perlembagaan Malaysia. Ramai di antara kita hanya mengetahui secara lahiriah sahaja tanpa mengetahui dengan mendalam makna di sebalik penggubalan tersebut. Makna yang cuba dibawa video ini jelas cuba memesongkan pemikiran rakyat. Fikir-fikirkanlah.

(KLIK DI SINI)

Pemasaran Politik: Konsep

Saya ingin menyambung perbincangan saya tentang pemasaran politik yang telah saya sebutkan semalam. Dalam konteks ini, pemasaran politik adalah merupakan satu disiplin ilmu yang membincangkan tentang bagaimana sebuah organisasi politik mengadaptasikan konsep serta teknik pemasaran komersial dalam mencapai matlamat serta objektif mereka (Lees-Marshment 2001a:1074). Dalam satu perspektif yang lain Less-Marshment mengaitkan disiplin ini sebagai perkahwinan di antara dua displin utama sains sosial iaitu politik dan pemasaran (Less-Marshment, 2001b). Penggunaan konsep pemasaran oleh parti politik tidak hanya melihat dari perspektif yang sempit. Ini adalah sebagaimana diperkatakan oleh Harrop (1990) yang melihat pemasaran politik itu bukan sekadar pengiklanan politik, aspek penyiaran serta serta ucapan menjelang pilihanraya, sebaliknya ia mencakupi keseluruhan aspek peletakan atau pun usaha memposisikan sesebuah parti politik dalam pasaran pilihanraya. Kavanagh (1995, 1996) pula sebaliknya melihat pemasaran politik sebagai sesuatu yang mempunyai kaitan langsung dengan pilihanraya meliputi satu set strategi dan alat untuk mengenalpasti dan mengkaji serta menyelidik pendapat umum sebelum dan semasa kempen, dalam usaha untuk membangunkan satu komunikasi kempen serta menilai impaknya. Ia merupakan selari dengan apa yang disuarakan oleh seorang lagi pengkaji disiplin ini iaitu Scammell (1995).

Jauh lebih awal dari itu, aplikasi pemasaran dalam aktiviti politik telah mula dibincangkan seawal tahun 1950an lagi. Menurut Scammell (1999), terminologi pemasaran politik telah mula diperkenalkan oleh Stanley Kelley, seorang ahli sains politik Amerika Syarikat yang  mempelopori kajian terhadap peningkatan pengaruh perayu profesional dalam politik dan  pilihanraya Amerika Syarikat. Kelly telah dipetik sebagai menulis “The team relies heavily but not entirely upon their own intuitive feel for providing political marketing conditions. They pride themselves on having “good average minds” that help them to see things as the average man sees them” ( Kelly, 1956, p 53). Kelly (1956) turut menulis bahawa penggunaan pemasaran mulanya bermaksud pujukan dan ia adalah merupakan satu pembaharuan yang diperlukan dalam demokrasi massa terutama sebagai instrumen kawalan sosial (Scammell, 1999: 723). Pada peringkat awalnya, pemasaran politik digunakan secara bersama dengan propaganda memandangkan tujuan utamanya adalah berkait dengan aktiviti yang sama, iaitu pemujukan massa. Namun demikian, label yang baru terhadap perkataan pemasaran telah digunakan, kerana propaganda selalunya dikaitkan dengan perkara yang negatif. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataaan pemasaran telah memberikan gambaran terhadap satu situasi dimana para profesional dari industri pemasaran komersial, terutamanya petumbuhan dalam bilangan mereka yang terlibat dalam aktiviti pemujukan politik (Scammell, 1999).
Dr Lees-Marshment telah membangunkan satu kerangka teori dikenali sebagai pemasaran politik komprehensif (PPK) atau “comprehensive political marketing” (CPM) (2001c) dengan mengambilkira lima aspek utama. Pertama PPK ini tidak hanya terhad kepada aspek komunikasi politik, kedua ia mengaplikasikan keseluruhan konsep dan praktis pemasaran dalam tingkah laku organisasi politik. Ini bermakna pemasaran tidak hanya diaplikasi dari konteks kempen, tetapi juga bagaimana calon dirancang, serta bagaimana parti poltik merekabentuk produk mereka. Ini bermakna analisis yang dilakukan adalah meliputi proses bermula hinggalah ke akhir tempoh pilihanraya tetapi juga meliputi aspek kepimpinan, ahli Parlimen, keahlian, staf, simbol, perlembagaan, aktiviti dan program parti, polisi dan sebagainya. Ketiga PPK tidak sekadar menggunakan teknik, tetapi juga konsep pemasaran, meliputi orientasi produk, jualan dan pasaran serta risikan pasaran, rekabentuk produk dan promosi. Ini bererti bagaimanakah 4P dalam pemasaran diaplikasikan. Ke empat PPK mengintegrasikan literatur sains politik ke dalam analisisnya. Pemasaran diintegrasi dan diadaptasikan untuk disesuaikan dengan kefahaman yang diperolehi dari kajian tradisional. Di sini produk sesebuah parti itu adalah meliputi segenap aspek parti yang dikaji dan terakhir PPK mengadaptasikan teori pemasaran untuk disesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam politik.  PPK yang disarankan oleh Lees-Marshment ini didapati cuba melangkaui apa yang disarankan oleh Niffenegger (1989), Wring (1994-1995), Newman (1994, p.12 dan 32) serta Sackman (1996), Scammell (1996), Wring (1996) dan O’Cass (1996).


Lim Guan Eng:Pendokong Faham Sosialis

Pahlawan Kelate Membongkar Isu HEBAT

Martabatkan UMNO Menerusi Pemasaran Politik

Salam perkenalan semua, saya kini sedang berkursus media baru. Sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan bahawa media baru kini samada facebook, twitter, blog dan sebagainya semakin menjadi penting hari ini. Dalam konteks ini saya percaya fasa dan masanya telah sampai untuk pertubuhan parti politik mengaplikasikan penggunaan pemasaran politik atau political marketing dalam menarik minta pelanggan mereka iaitu pengundi.

Terma pemasaran politik ini sebenarnya telah bermula di Amerika Syarikat sejak tahun 1950an lagi dan ia terus dipopularkan sehinggalah kini terutama di AS dan UK. Saya percaya ia perlu juga dilaksanakan dalam konteks politik di Malaysia terutama oleh UMNO