Sunday 21 August 2011

Pembangkang: ANDA SILAP BESAR

Rakyat berpendapatan kurang RM3,000 dibantu

IPOH 21 Ogos – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat akibat kenaikan harga barang.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000.
Menurutnya, kajian yang mengambil masa selama dua minggu itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti sebelum dibentangkan pada belanjawan akan datang.
“Menerusi kajian ini, kita akan mengenal pasti pilihan terbaik bagi membantu masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara efisien dan efektif.
“Apa yang penting, langkah atau inisiatif yang dilaksanakan nanti dapat mencapai matlamat untuk membantu golongan tersebut dalam meringankan beban mereka,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan dan sumbangan raya, Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.
Seramai 636 penduduk di Parlimen Tambun menerima sumbangan raya dan bantuan peralatan untuk usahawan yang kesemuanya bernilai RM680,000.
Ahmad Husni berkata, kerajaan memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.
(Sumber: Utusan Malaysia, 22 Ogos 2011)

Ehmmmm apalah pulak agaknya silat yang akan dibuka oleh pembangkang apabila membaca berit aini yer!Silat langkah seribu kot. Pengumuman ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional terhadap keperitan hidup rakyat terutama yang berada di bawah paras pendapatan RM3,000. Diharap ia bakal menjadi pemangkin ke arah menarik minat sokongan rakyat kepada BN. Kita harap bajet nanti ada pengumuman terutama penurunan cukai pendapatan, rebat yang lebih besar bagi cukai, penurunan2 seperti tol dsb. Ini membuktikan kerajaan dibawah pimpinan Dato Najib amat prihatin dengan masalah rakyat

1 comment:

  1. ia juga membuktikan bahawa Kerajaan BN ....DAH LAMA DAH ......laksanakan negara kebajikan.1970 DEB dilaksanakan...berapa banyak kebajikan diberikan kepada rakyat terutama Melayu/Bumi's..hingga skrg pun byk lagi....wang KWAMP, UiTM dll lah...apa Pembangkang x nampak lagi ker? atau buat x tau...

    ReplyDelete