Tuesday 31 January 2012

Syabas Dato Sahol

Salam semua, sudah agak lama pahlawankelate tak keudara di ruang blog ni, maklum sajalah agak sibuk sikit dengan kerja seharian. Hari ini pahlawan ke DATC mendengar perutusan tahun baru Naib Canselor UiTM. Terbaik dan amat  bangga kerana VC ada jugak ambik point dan cadangan dari pahlawan on cadangan mentor-mentee. Mode: bangga he he he he

Sunday 22 January 2012

SBPA- Tiga bulan lagi

Pahlawan nak ulas mengenai SBPA lagi. PM kata 3 bulan diberikan kepada kawatankuasa khas untuk teliti dan berikan cadangan kepada kerajaan. apa yang penting PM kata beliau akan pastikan agar semua pandangan akan diambil kira untuk puaskan hati semua pihak. Sikap PM ni amat kita alu-alukan dan diharap KSN, JPA dan Jawatankuasa tu pun sealiran dan fahamlah aspirasi PM tu yer

Kita tungguuuuuuuuuu

Selamat Tahun Baru Cina-Gong Xi Fa Cai

Kepada kawan2 pahlawankelate yang akan menyambut tahun baru cina esok, pahlawan nak ucapkan gong xi fa cai yer

Monday 16 January 2012

Siapa Exco Baru Menggantikan Dr Hassan Ali

Pahlawankelate masih tertanya-tanya siapalah agaknya yang akan mengambil tempat Dr Hassan Ali yang telah dilucutkan keahlian sebagai Exco Selangor setelah beliau dipecat dari PAS.Kita tunggu esok yer katanya Datuk Khalid nak buat pengumuman, adakah Dr Rani atau calon lain yang bakal mendapat nikmat akibat terkeluarnya Dr Hassan Ali

Tungguuuuuuuuu.....

Friday 13 January 2012

SBPA.....ooo SBPA

Salam semua, hari ini izinkan pahlawankelate nak mengulas sikit isu SBPA yang tengah kalut diperkatakan. SBPA ni diumumkan pelaksanaannya oleh Perdana Menteri semasa membentangkan bajet 2012. Pahlawankelate percaya semua penjawat awam khususnya amat teruja dan ternanti-nanti akan pelaksanaannya, namun apa yang dapat kita lihat adalah sebaliknya. Ia didapati kelam kabut dan tidak terurus seolah-olah ia tidak diperhalusi dengan begitu mendalam sebelum ini sehingga mendapat bantahan yang kuat dari penjawat awam sendiri. Nah, satu lagi usaha PM nampak seolah-olah disabatoj oleh segelintir kakitangan awam sendiri yang dikatakan bijak lagi pandai.

Setelah didesak nampaknya JPA setuju lanjutkan ospyen sehingga 15 Januari 2012 dan belum pun tarikh itu tiba Perdana Menteri telah buat keputusan tepat apabila arahkan ia ditangguhkan sehingga satu semakan menyeluruh dibuat dan jawatankuasa khas dipengerusikan bekas KPPA Tan Sri Ismail Adam diberi sehingga 16 April 2012 untuk kemukakan cadangan. Kali ini janganlah pisang berbuah dua kali yer JPA, consult betul, dengar betul-betul dan buat betul-betul, jgn pulak kali ni nak hancurkan usaha murni PM . Ingat pilihan raya is around the corner and 1.2 million civil servant is a lot.

Apa pun pahlawan kelate salute dan tabik springgg kat PM atas tindakan segera yang diambil ini dan harap sebelum laksana brief PM dulu betul-betul.

Thursday 12 January 2012

Dato' Shahrizat Bercuti

Pahlawan Kelate ingin berkongsi pandangan tentang tindakan yang diambil oleh Dato' Shahrizat yang memohon cuit 3 minggu dari PM untuk membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap isu NFC. Dalam pada kita mengalu-alukan tindakan beliau, pahlawan kelate berpendapat sewajarnya tindakan beliau ini diambil lebih awal dari ini iaitu dari tarikh bila ia dibangkitkan. Tindakan ini kalau diambil lebih awal sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan lagi integirit kerajaan BN, tapi kalau sekarang diambil tindakan dah tercalar lah sikit.

Namun begitu kita harap isu ini disiasat secepat mungkin dan dilakukan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak sebab pahlawan kelate merasokan ia akan menjadi modal ceramah oleh pihak pembangkang

Wednesday 11 January 2012

Pasukan Pendakwaan Akan Kemukakan Rayuan

Saya dapati keputusan pasukan pendakwaan untuk kemukakan rayuan bagi kes Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tepat dan ia adalah selaras dengan peruntukan undang-undang negara. Jadi kita jangan cepat melatah dan berilah peluang kepada undang-undang untuk berjalan dengan adil mengikut prosesnya, tak ke begitu

Terima kasih Dato VC UiTM

Malam tadi (11/1/2012) bertempat di Hotel UiTM , Shah Alam satu perjumpaan tidak formal di antara para blogger UiTM dan juga Dato VC UiTM telah diadakan. Perjumpaan ini turut disertai oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Tuan Haji Khairi, Pengerusi Unit Media Baru UMNO , Tun Faisal, TNC (HEP), Dato' Dollah dan juga blogger dari UMB.

Dato' VC telah merakamkan penghargaan kepada semua yang telribat dalam dunia serta perang siber ini dan satu sahaja pesan beliau yang amat menyentuh hati saya iaitu ..kita Melayu hendaklah bersatu padu, sebab kalau kita berpecah dan bergaduh yang untungnya saper.....

Kedua kata beliau lagi jagalah UiTM, ia sangat penting, ini juga pesan Tun Dr Mahathir mengikut kata Dato' VC yang beliau temui sebelum itu

Harap kita semua dapat faham dengan jelas mesej ini