Friday 13 January 2012

SBPA.....ooo SBPA

Salam semua, hari ini izinkan pahlawankelate nak mengulas sikit isu SBPA yang tengah kalut diperkatakan. SBPA ni diumumkan pelaksanaannya oleh Perdana Menteri semasa membentangkan bajet 2012. Pahlawankelate percaya semua penjawat awam khususnya amat teruja dan ternanti-nanti akan pelaksanaannya, namun apa yang dapat kita lihat adalah sebaliknya. Ia didapati kelam kabut dan tidak terurus seolah-olah ia tidak diperhalusi dengan begitu mendalam sebelum ini sehingga mendapat bantahan yang kuat dari penjawat awam sendiri. Nah, satu lagi usaha PM nampak seolah-olah disabatoj oleh segelintir kakitangan awam sendiri yang dikatakan bijak lagi pandai.

Setelah didesak nampaknya JPA setuju lanjutkan ospyen sehingga 15 Januari 2012 dan belum pun tarikh itu tiba Perdana Menteri telah buat keputusan tepat apabila arahkan ia ditangguhkan sehingga satu semakan menyeluruh dibuat dan jawatankuasa khas dipengerusikan bekas KPPA Tan Sri Ismail Adam diberi sehingga 16 April 2012 untuk kemukakan cadangan. Kali ini janganlah pisang berbuah dua kali yer JPA, consult betul, dengar betul-betul dan buat betul-betul, jgn pulak kali ni nak hancurkan usaha murni PM . Ingat pilihan raya is around the corner and 1.2 million civil servant is a lot.

Apa pun pahlawan kelate salute dan tabik springgg kat PM atas tindakan segera yang diambil ini dan harap sebelum laksana brief PM dulu betul-betul.

No comments:

Post a Comment