Thursday 25 August 2011

Pembukaan Jajaran Pakej 10, Pakej 11 & Pakej 12 LPT 2

Alhamdulillah, satu lagi projek pembangunan oleh Barisan Nasional untuk kemudahan rakyat. Kepada yang balik beraya ke pantai timur tahun ini bolehlah menggunakan LPT  2 yang telah mula dibuka sebahagiannya mulai 22 Ogos 2011

Rujuk maklumat dibawah:

Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan sebagai  Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011.  Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12

No comments:

Post a Comment