Friday 14 October 2011

Martabatkan Bahasa Melayu

Peralihan belajar S&T ke bahasa Melayu langkah tepat

15/10/2011 1:08pm


SEREMBAN 15 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan peralihan pembelajaran subjek Sains dan Matematik daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai satu langkah yang tepat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu seiring dengan usaha kerajaan yang mahu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini.
“Keputusan ini dibuat selepas mengambil pandangan semua pihak dan majoriti rakyat mahukan kedua-dua mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Melayu.
“Kita juga mendapati peratusan golongan yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah terlalu kecil,” katanya menjawab satu soalan pada Majlis Dialog Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar di sini hari ini. – Utusan


Saya menyokong penuh komen oleh TPM bahawa langkah serta keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk mengembalikan bahasa Melayu bagi subjek Sains dan Teknologi di skeolah adalah suatu keputusan yang tepat. Jika kita yang mengaku Melayu dan berkuasa tidak pula mahu memartabatkan bahasa Melayu siapa lagi yang akan memikul amanah ini. Tentu sekali di sini kita tidak pula mengatakan bahasa Inggeris tidak penting kerana dalam masa yang sama kerajaan jelas memberikan penekanan penting dengan terus mengambil langkah2 sesuai bagi memperkasakan Bahasa Inggeris

Teruskan usaha murni ini wahai TPM DAN BN

No comments:

Post a Comment